Balm T-Rub dari Tasneem Naturel ni khas untuk perut. Formulasi essential oil yang digunakan sememangnya yang terbaik untuk memberikan keselesaan kepada perut. Boleh digunakan untuk bayi sejak dilahirkan, sebagai pengganti minyak perut bayi. Mengelak dari kembung perut, angin, melancarkan penghadaman, mengurangkan masalah sembelit, dan ketidakselesaan perut disebabkan cirit-birit. Balm ini tidak panas, tidak melekit dan tidak berangin.
Balm T-Rub ni antara balm kegemaran ummi. Suka sangat guna balm ni untuk diri sendiri bila perut rasa tak selesa. Asalnya ummi beli balm T-Rub ni untuk anak ketiga, Syifaa yang sekarang umurnya 2 tahun 1 bulan. Dia kerap sembelit sebab jenis suka menahan bila nak membuang tu. Kata doktor mungkin dia trauma sebab pernah luka kat situ disebabkan sembelit. Jadi ummi memang sapu T-Rub ni kat perut Syifaa setiap kali lepas mandi.
Kandungan balm ini 100% dari bahan semulajadi. Ada 8 jenis minyak pati (essential oil) dari tumbuhan yang digabungkan bersama lilin lebah (beeswax), shea butter, dan minyak zaitun (olive oil) sebagai carrier oil. Formulasinya khas untuk bayi dan kanak-kanak. Gabungan essential oil di dalamnya adalah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah perut.
Balm ini selamat digunakan untuk bayi sejak lahir, kecuali bayi pramatang dan bayi yang ada masalah kesihatan sewaktu lahir. Bukan sahaja untuk bayi, balm ini juga boleh digunakan untuk kanak-kanak hingga dewasa. Ummi memang selalu la guna balm ni sapu kat perut. Kadang terlewat makan perut masuk angin kan. Lepas sapu memang lega.
Untuk anak, sapukan balm T-Rub ni di tapak kaki dan perut. Sapu kat perut buat urutan I LOVE U tu. InsyaAllah urutan ni membantu memberi keselesaan pada perut, mengeluarkan angin, dan melancarkan penghadaman.
Mahu cuba balm T-Rub untuk anak dan keluarga? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan ye.
Salina Mat Isa
Tasneem Naturel Agent
No comments:
Post a Comment