Sunday 10 March 2019

Impetigo - Kudis Api

Pernah dengar tentang Impetigo? Baru-baru ni, Syifaa ada terkena penyakit Impetigo atau kudis api ni. Namanya kudis api mungkin sebab rupanya seakan melepuh atau melecur di kulit. Meninggalkan kesan seakan kawah kecil dengan kulit kering di sekeliling bulatan kecil. Ada juga biji air seakan nanah di dalamnya bewarna kuning.

Asalnya, Syifaa kena ruam yang agak teruk di bahagian kepala sebelah kanan, atas sedikit dari telinga. Juga di bahagian dahi. Ruam disebabkan berpeluh, dan makin teruk bila dia suka menggaru. Bila makin menggaru, jadi luka. Dari luka tu lah terjadinya jangkitan bakteria sama ada Streptococcus atau Staphylococcus.

Bermula dari ruam biasa di bahagian dahi, ummi memang sentiasa sapu balm Skeenz di tempat yang kena ruam. Kerap juga la sapu, setiap kali lepas mandi pagi, tengahari, petang. Bila-bila nampak dia menggaru pun ummi cepat-cepat sapu Skeenz. Asalnya nampak perubahan, ruam makin hilang.

Tapi tiba-tiba je naik ruam yang banyak di kepala bahagian ada rambut. Atas sikit dari telinga belah kanan. Nampak merah-merah banyak sangat. Lepas tu nampak kat bahagian leher pula. Ummi pun teruskan je sapu Skeenz kat situ.


Esoknya perasan ada biji air kecil kat leher dan kepala, dalamnya macam nanah warna kuning. Dan perasan ada luka dia menggaru atas kelopak mata kanan. Teruskan je sapu Skeenz masa tu. Sambil tu ummi fikir mungkin dah ada jangkitan pada ruam tu. Tanya-tanya kawan, rupanya Impetigo. Ummi pun baca la info lanjut pasal impetigo ni.



Ada pelbagai rawatan untuk impetigo ni. Yang paling penting kena jaga kebersihan kawasan tempat anak main dan tidur. Pakaian dan cadar perlu ditukar dan dibasuh bersih seeloknya direndam air panas.

Boleh sapu tempat jangkitan tu dengan ACV (apple cider vinegar) yang di 'dilute' dengan air. Boleh juga cari Tea Tree oil di farmasi, 'dilute' kan dengan VCO (virgin coconut oil) atau olive oil, sapu di tempat kudis dengan kapas. Pastikan kita bersihkan tangan selepas terkena bahagian kudis anak.

Ummi nak cuba juga sapu ACV dan Tea Tree Oil pada kudis Syifaa, tapi dia tak bagi. Dia nak ummi sapukan dengan balm Skeenz je. Dah suka sangat dengan balm dia tu. Ada la sekali dapat sapu dengan Tea Tree oil juga sikit.

Tapi ummi lega sangat sebab ikutkan melalui pembacaan, impetigo ni cepat merebak ke bahagian badan lain. Tapi Syifaa kena tak lama, sekejap je dah baik, tak sampai seminggu rasanya. Ada satu terjangkit di lengan kanan dia. Yang tu besar sikit kesannya. Memang nampak la kesan melepuh tu. Tapi ummi kerap sapu Skeenz, tak lama hilang terus kesannya.


Ummi suka sapu Skeenz ni sebab senang pun senang. Tak perlu nak 'dilute' kan lagi dah. Terus je sapu kat kulit. Dalam Skeenz tu ada beberapa jenis carrier oil dan essential oil yang bagus untuk merawat kulit.



Gambar 2 bawah ni, Syifaa dah sihat dari impetigo, hilang semua kesan dah, tapi dia mintak juga nak sapu balm kat kepala. Rutin biasa lepas mandi.





Ok jom baca maklumat tentang impetigo yang ummi ambil dari sini  http://www.myhealth.gov.my/impetigo/

Apa itu impetigo?

Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus). Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Ia juga mudah tersebar kepada orang lain.

Bagaimana ia berlaku?

Ia bermula dengan gelembung-gelembung kecil dan akhirnya pecah dan mengeluarkan cecair. Cecair tersebut akan kering dah menghasilkan kulit keras yang berwarna coklat kekuningan.

Bahagian badan manakah ia berlaku?

Ia selalu dilihat pada bahagian muka di sekeliling mulut dan hidung. Bagaimanapun ia juga boleh terjadi pada bahagian lain badan terutamanya bahagian yang terdedah.

Bagaimana ia berjangkit?

Penyakit ini mudah berjangkit melalui beberapa cara :

Bersentuhan badan dengan orang yang dijangkiti penyakit ini.Berkongsi pakaian, tuala atau tempat tidur dengan orang yang dijangkiti. Ia juga boleh merebak daripada satu bahagian badan kepada bahagian badan lain.

Komplikasi

Jika impetigo tidak dirawat, kanak-kanak akan mengalami:

Demam / Sepsis.Cellulitis.Osteomyelitis.Kadang-kala jangkitan bakteria Streptococcus ini boleh membawa kepada penyakit buah pinggang yang serius dipanggil Glomerulonephritis.Pada bayi, penyakit ini lebih tersebar luas dan lebih teruk.

Apakah yang patut anda lakukan apabila anak anda mengalami impetigo?

Bawa anak anda berjumpa doktor.Rawatan dengan ubat sapu mungkin diperlukan.Antibiotik melalui mulut mungkin diperlukan jika penyakit ini tersebar luas dan lebih teruk.

Tindakan lain :

Basuh dengan cermat bahagian kulit yang keras dengan sabun / larutan antiseptik dan air 3 – 4 kali sehari.Menahan diri daripada menggaru bahagian tersebut untuk mengelakkan ia merebak ke bahagian lain.

Bagaimana jangkitan ini dapat dielakkan?

Jauhkan kanak-kanak daripada sekolah atau pusat jagaan sehingga sembuh. Elakkan berkongsi tuala, pakaian dan cadar. Basuh tangan dengan bersih menggunakan sabun dan air selepas bersentuhan dengan kulit yang dijangkiti. Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih. Pastikan ubat diambil mengikut preskripsi doktor.

Tarikh Akhir Kemaskini:27 April 2012
Penulis:Dr. R. Sukumar a/l Rajaretnam
Penyemak:Dr. Sabeera Begum bt. Kader Ibrahim


Kalau ada yang nak bertanya, nak beli Skeenz ni, boleh terus contact saya ye.

www.wasap.my/60199421559/skeenzblog

Salina Mat Isa
Tasneem Naturel Agent



Thursday 7 March 2019

Balm T-Rub untuk Perut Kembung, Sembelit, Lancarkan Penghadaman.

Balm T-Rub dari Tasneem Naturel ni khas untuk perut. Formulasi essential oil yang digunakan sememangnya yang terbaik untuk memberikan keselesaan kepada perut. Boleh digunakan untuk bayi sejak dilahirkan, sebagai pengganti minyak perut bayi. Mengelak dari kembung perut, angin, melancarkan penghadaman, mengurangkan masalah sembelit, dan ketidakselesaan perut disebabkan cirit-birit. Balm ini tidak panas, tidak melekit dan tidak berangin.


Balm T-Rub ni antara balm kegemaran ummi. Suka sangat guna balm ni untuk diri sendiri bila perut rasa tak selesa. Asalnya ummi beli balm T-Rub ni untuk anak ketiga, Syifaa yang sekarang umurnya 2 tahun 1 bulan. Dia kerap sembelit sebab jenis suka menahan bila nak membuang tu. Kata doktor mungkin dia trauma sebab pernah luka kat situ disebabkan sembelit. Jadi ummi memang sapu T-Rub ni kat perut Syifaa setiap kali lepas mandi.


Kandungan balm ini 100% dari bahan semulajadi. Ada 8 jenis minyak pati (essential oil) dari tumbuhan yang digabungkan bersama lilin lebah (beeswax), shea butter, dan minyak zaitun (olive oil) sebagai carrier oil. Formulasinya khas untuk bayi dan kanak-kanak. Gabungan essential oil di dalamnya adalah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah perut.




Balm ini selamat digunakan untuk bayi sejak lahir, kecuali bayi pramatang dan bayi yang ada masalah kesihatan sewaktu lahir. Bukan sahaja untuk bayi, balm ini juga boleh digunakan untuk kanak-kanak hingga dewasa. Ummi memang selalu la guna balm ni sapu kat perut. Kadang terlewat makan perut masuk angin kan. Lepas sapu memang lega.


Untuk anak, sapukan balm T-Rub ni di tapak kaki dan perut. Sapu kat perut buat urutan I LOVE U tu. InsyaAllah urutan ni membantu memberi keselesaan pada perut, mengeluarkan angin, dan melancarkan penghadaman.

Mahu cuba balm T-Rub untuk anak dan keluarga? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan ye.

Salina Mat Isa
Tasneem Naturel Agent






Saturday 23 February 2019

Balm CF-Rub untuk Batuk, Selesema dan Demam.

Bila anak mula batuk, selesema, hidung tersumbat, mula la ibu ayah risau kan. Lagi-lagi kalau anak masih bayi, di bawah usia 2 tahun. Bayi bawah 2 tahun tidak digalakkan diberi ubat batuk dan selesema kerana berkemungkinan ada kesan sampingan. Jadi ibu ayah boleh la cari alternatif lain untuk membantu mengurangkan batuk dan selesema bayi.

Antara rawatan semulajadi (natural remedy) untuk batuk dan selesema, ialah minyak bawang putih, steam (wap), tepuk percussion, garlic socks dan kunyit hidup yang di tumbuk dan disapu di atas hidung anak yang selesema.

Selain rawatan semulajadi di atas, ibu ayah boleh cuba balm CF-Rub dari Tasneem Naturel ni.


CF-Rub (cough & flu) adalah balm khas untuk batuk berkahak, selesema, hidung tersumbat dan membantu melegakan pernafasan. CF-Rub juga boleh digunakan untuk anak yang demam, membantu menurunkan suhu dan membuatkan anak tenang dan selesa.



Kandungan balm ini 100% dari bahan semulajadi. Ada 7 jenis minyak pati (essential oil) dari tumbuhan yang digabungkan bersama lilin lebah (beeswax), shea butter, dan minyak zaitun (olive oil) sebagai carrier oil. Formulasinya khas untuk bayi dan kanak-kanak.



Balm ini selamat digunakan untuk bayi sejak lahir, kecuali bayi pramatang dan bayi yang ada masalah kesihatan sewaktu lahir. Bukan sahaja untuk bayi, balm ini juga boleh digunakan untuk kanak-kanak hingga dewasa. Sangat selesa, tidak melekit, tidak panas, dan tidak berangin.


Boleh la ibu ayah guna balm CF-Rub ni untuk urut bayi atau anak yang sedang batuk, selesema, atau demam. Sapukan balm dan urut di bahagian tulang belakang anak, di dada dan tapak kaki. Boleh juga di sapukan di atas hidung untuk anak yang selesema dan hidung tersumbat.

Ingin mencuba balm CF-Rub ini? Boleh terus hubungi saya melalui whatsapp ye. Nak bertanya apa-apa yang berkaitan pun boleh.


Salina Mat Isa,
Effective Agent, Tasneem Naturel
www.wasap.my/60199421559/balmtasneemblog

Thursday 14 February 2019

Roket Belon ~ S.T.E.A.M activity

Biasanya kat rumah, ummi suka ajak anak-anak buat aktiviti 'play & learn'. Sambil bermain sambil belajar. Ok belajar tu, tidak semestinya terhad kepada belajar ABC, 123, membaca, mewarna. Banyak lagi aktiviti yang lebih seronok untuk anak-anak buat dan semua tu proses mereka belajar.

Kali ni ummi ajak diorang buat roket belon. Aktiviti bertemakan S.T.E.A.M - science, technology, engineering, art, mathematics. 





Ok jom kita tengok bahan-bahan dan cara buat roket belon ni.

Bahan-bahan:

1. Roll tisu
2. Kertas warna untuk kepala roket.
3. Soletep
4. Gunting
5. Kotak untuk buat kaki roket
6. Belon
7. Tali
8. Straw





Cara-cara:

1. Kertas warna, bentukkan jadi bentuk kon, untuk kepala roket.
2. Lekatkan kepala roket pada badan roket (roll tisu).
3. Gunting kotak bentuk 3 segi sebagai kaki roket. 
4. Lekatkan 3 kaki roket pada bahagian bawah badan roket.
5. Lekatkan straw dan belon pada roket.
6. Masukkan tali ke dalam straw, ikat tali di tempat yang sesuai, boleh rujuk gambar pertama kat atas.
7. Boleh la mula main roket belon, tiup belon sampai besar, tak perlu ikat, kemudian lepaskan belon, roket akan bergerak mengikut tali.


Sekian untuk aktiviti Play& Learn kami kali ni. Cuba la buat ye, simple sangat nak buat roket belon ni. Seronok anak-anak main nanti.



Balm Bayi Tasneem Naturel ~ Bagaimana ummi bermula?

Ummi mula beli dan guna balm Tasneem Naturel ni tahun lepas, dalam bulan Mei - Jun 2018. Masa tu beli CF-Rub untuk anak sulong yang kerap batuk, selesema, dan semput. Umur dia masa tu 7 tahun, dah darjah 1. Kalau dah mula kena batuk tu, sekali dengan semput, sampai seminggu la tak dapat sekolah. 

Sejak guna CF-Rub, batuk dia cepat baik. Tak berpanjangan. Kalau semput pun boleh sapu untuk bantu legakan pernafasan dia, alhamdulillah tak melarat lama. Untuk adik-adik dia pun guna CF-Rub bila batuk dan selesema. 

Yang bestnya, boleh juga guna bila anak demam. Bantu turunkan suhu demam. Bila anak start dedar tu, terus je sapu CF-Rub, selain buat remedi lain untuk demam tu.



Sebab dah suka sangat dengan balm ni, ummi pun terus daftar sebagai agen Tasneem Naturel, untuk sebarkan lagi kabaikan balm ni. Biar ramai lagi ibu yang dapat guna balm ni untuk anak mereka.

Balm Tasneem Naturel ni ada 5 jenis, setiap satu jenis tu mempunyai gabungan essential oil yang khusus untuk setiap masalah yang dinyatakan. 

CF-Rub - untuk batuk berkahak, selesema, hidung tersumbat, melegakan pernafasan untuk yang semput/lelah/asma.

T-Rub - untuk perut, elak kembung, angin, sembelit, perut tak selesa, cirit-birit, melancarkan penghadaman.

Calm Time - bantu beri mood tenang pada anak. Elak anak tantrum, mengamuk, menangis.

Sleep Time - bantu mudahkan anak tidur.Untuk anak yang sukar tidur lena. Bantu anak tidur lebih lena dan dapat tidur berkualiti.

Skeenz - untuk kulit sensitif, ruam, gatal-gatal, gigitan serangga, kulit kering, ekzema.





Yang bestnya, kandungan balm 100% semulajadi, beeswax (lilin lebah), shea butter, olive oil, dengan gabungan 7-8 jenis minyak pati (essential oil) dari tumbuhan. Selamat untuk bayi sejak lahir dan kanak-kanak. Yang dewasa pun boleh guna. 



   


Gambar atas ni, packaging terbaru, kolaborasi Tasneem Naturel dengan Omar Hana. Comel je kan,  botol balm ada gambar Omar Hana, kat kotak pun gambar Omar Hana. Kalau anak-anak nak main boleh la bagi main kotaknya je, sebab botol balm memang kaca.

Kalau ada yang nak cuba ikhtiar dengan balm tasneem ni, boleh la hubungi ummi ye. InsyaAllah ummi cuba bantu terangkan fungsi setiap balm dan cara penggunaan balm.

Salina Mat Isa
Tasneem Naturel Agent