Kali ni ummi ajak diorang buat roket belon. Aktiviti bertemakan S.T.E.A.M - science, technology, engineering, art, mathematics.
Ok jom kita tengok bahan-bahan dan cara buat roket belon ni.
Bahan-bahan:
1. Roll tisu
2. Kertas warna untuk kepala roket.
3. Soletep
4. Gunting
5. Kotak untuk buat kaki roket
6. Belon
7. Tali
8. Straw
Cara-cara:
1. Kertas warna, bentukkan jadi bentuk kon, untuk kepala roket.
2. Lekatkan kepala roket pada badan roket (roll tisu).
3. Gunting kotak bentuk 3 segi sebagai kaki roket.
4. Lekatkan 3 kaki roket pada bahagian bawah badan roket.
5. Lekatkan straw dan belon pada roket.
6. Masukkan tali ke dalam straw, ikat tali di tempat yang sesuai, boleh rujuk gambar pertama kat atas.
7. Boleh la mula main roket belon, tiup belon sampai besar, tak perlu ikat, kemudian lepaskan belon, roket akan bergerak mengikut tali.



No comments:
Post a Comment