Saturday, 23 February 2019

Balm CF-Rub untuk Batuk, Selesema dan Demam.

Bila anak mula batuk, selesema, hidung tersumbat, mula la ibu ayah risau kan. Lagi-lagi kalau anak masih bayi, di bawah usia 2 tahun. Bayi bawah 2 tahun tidak digalakkan diberi ubat batuk dan selesema kerana berkemungkinan ada kesan sampingan. Jadi ibu ayah boleh la cari alternatif lain untuk membantu mengurangkan batuk dan selesema bayi.

Antara rawatan semulajadi (natural remedy) untuk batuk dan selesema, ialah minyak bawang putih, steam (wap), tepuk percussion, garlic socks dan kunyit hidup yang di tumbuk dan disapu di atas hidung anak yang selesema.

Selain rawatan semulajadi di atas, ibu ayah boleh cuba balm CF-Rub dari Tasneem Naturel ni.


CF-Rub (cough & flu) adalah balm khas untuk batuk berkahak, selesema, hidung tersumbat dan membantu melegakan pernafasan. CF-Rub juga boleh digunakan untuk anak yang demam, membantu menurunkan suhu dan membuatkan anak tenang dan selesa.



Kandungan balm ini 100% dari bahan semulajadi. Ada 7 jenis minyak pati (essential oil) dari tumbuhan yang digabungkan bersama lilin lebah (beeswax), shea butter, dan minyak zaitun (olive oil) sebagai carrier oil. Formulasinya khas untuk bayi dan kanak-kanak.



Balm ini selamat digunakan untuk bayi sejak lahir, kecuali bayi pramatang dan bayi yang ada masalah kesihatan sewaktu lahir. Bukan sahaja untuk bayi, balm ini juga boleh digunakan untuk kanak-kanak hingga dewasa. Sangat selesa, tidak melekit, tidak panas, dan tidak berangin.


Boleh la ibu ayah guna balm CF-Rub ni untuk urut bayi atau anak yang sedang batuk, selesema, atau demam. Sapukan balm dan urut di bahagian tulang belakang anak, di dada dan tapak kaki. Boleh juga di sapukan di atas hidung untuk anak yang selesema dan hidung tersumbat.

Ingin mencuba balm CF-Rub ini? Boleh terus hubungi saya melalui whatsapp ye. Nak bertanya apa-apa yang berkaitan pun boleh.


Salina Mat Isa,
Effective Agent, Tasneem Naturel
www.wasap.my/60199421559/balmtasneemblog

Thursday, 14 February 2019

Roket Belon ~ S.T.E.A.M activity

Biasanya kat rumah, ummi suka ajak anak-anak buat aktiviti 'play & learn'. Sambil bermain sambil belajar. Ok belajar tu, tidak semestinya terhad kepada belajar ABC, 123, membaca, mewarna. Banyak lagi aktiviti yang lebih seronok untuk anak-anak buat dan semua tu proses mereka belajar.

Kali ni ummi ajak diorang buat roket belon. Aktiviti bertemakan S.T.E.A.M - science, technology, engineering, art, mathematics. 





Ok jom kita tengok bahan-bahan dan cara buat roket belon ni.

Bahan-bahan:

1. Roll tisu
2. Kertas warna untuk kepala roket.
3. Soletep
4. Gunting
5. Kotak untuk buat kaki roket
6. Belon
7. Tali
8. Straw





Cara-cara:

1. Kertas warna, bentukkan jadi bentuk kon, untuk kepala roket.
2. Lekatkan kepala roket pada badan roket (roll tisu).
3. Gunting kotak bentuk 3 segi sebagai kaki roket. 
4. Lekatkan 3 kaki roket pada bahagian bawah badan roket.
5. Lekatkan straw dan belon pada roket.
6. Masukkan tali ke dalam straw, ikat tali di tempat yang sesuai, boleh rujuk gambar pertama kat atas.
7. Boleh la mula main roket belon, tiup belon sampai besar, tak perlu ikat, kemudian lepaskan belon, roket akan bergerak mengikut tali.


Sekian untuk aktiviti Play& Learn kami kali ni. Cuba la buat ye, simple sangat nak buat roket belon ni. Seronok anak-anak main nanti.



Balm Bayi Tasneem Naturel ~ Bagaimana ummi bermula?

Ummi mula beli dan guna balm Tasneem Naturel ni tahun lepas, dalam bulan Mei - Jun 2018. Masa tu beli CF-Rub untuk anak sulong yang kerap batuk, selesema, dan semput. Umur dia masa tu 7 tahun, dah darjah 1. Kalau dah mula kena batuk tu, sekali dengan semput, sampai seminggu la tak dapat sekolah. 

Sejak guna CF-Rub, batuk dia cepat baik. Tak berpanjangan. Kalau semput pun boleh sapu untuk bantu legakan pernafasan dia, alhamdulillah tak melarat lama. Untuk adik-adik dia pun guna CF-Rub bila batuk dan selesema. 

Yang bestnya, boleh juga guna bila anak demam. Bantu turunkan suhu demam. Bila anak start dedar tu, terus je sapu CF-Rub, selain buat remedi lain untuk demam tu.



Sebab dah suka sangat dengan balm ni, ummi pun terus daftar sebagai agen Tasneem Naturel, untuk sebarkan lagi kabaikan balm ni. Biar ramai lagi ibu yang dapat guna balm ni untuk anak mereka.

Balm Tasneem Naturel ni ada 5 jenis, setiap satu jenis tu mempunyai gabungan essential oil yang khusus untuk setiap masalah yang dinyatakan. 

CF-Rub - untuk batuk berkahak, selesema, hidung tersumbat, melegakan pernafasan untuk yang semput/lelah/asma.

T-Rub - untuk perut, elak kembung, angin, sembelit, perut tak selesa, cirit-birit, melancarkan penghadaman.

Calm Time - bantu beri mood tenang pada anak. Elak anak tantrum, mengamuk, menangis.

Sleep Time - bantu mudahkan anak tidur.Untuk anak yang sukar tidur lena. Bantu anak tidur lebih lena dan dapat tidur berkualiti.

Skeenz - untuk kulit sensitif, ruam, gatal-gatal, gigitan serangga, kulit kering, ekzema.





Yang bestnya, kandungan balm 100% semulajadi, beeswax (lilin lebah), shea butter, olive oil, dengan gabungan 7-8 jenis minyak pati (essential oil) dari tumbuhan. Selamat untuk bayi sejak lahir dan kanak-kanak. Yang dewasa pun boleh guna. 



   


Gambar atas ni, packaging terbaru, kolaborasi Tasneem Naturel dengan Omar Hana. Comel je kan,  botol balm ada gambar Omar Hana, kat kotak pun gambar Omar Hana. Kalau anak-anak nak main boleh la bagi main kotaknya je, sebab botol balm memang kaca.

Kalau ada yang nak cuba ikhtiar dengan balm tasneem ni, boleh la hubungi ummi ye. InsyaAllah ummi cuba bantu terangkan fungsi setiap balm dan cara penggunaan balm.

Salina Mat Isa
Tasneem Naturel Agent